Jumat, 24 Maret 2017

Biografi Mohd Nizam


Pengasas animasi Boboiboy dan pencipta idea Upin & Ipin, Mohd Nizam Abd Razak bakal menerima anugerah Tokoh Negara sempena sambutan kemerdekaan negara ke-54, Jumaat ini.
Dalam kemaskini statusnya di Facebook, Nizam mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut dan akan menyertai perakakan kemerdekaan yang dibuat bersama pada hari Malaysia yang ke-48.
Pada usia baru 28 tahun, jejaka ini sudah menduduki kerusi Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn Bhd, syarikat animasi yang mengeluarkan animasi terkenal ditayangkan di Malaysia dan saluran Disney, Boboiboy.
Tekad membangunkan syarikat animasi sendiri bersama tiga rakan kongsi, tiada yang dapat menghalang cita-cita dan visi besar kelompok anak muda berjiwa kreatif sepertinya dalam memacu bidang animasi tempatan ke tahap dunia.
Buktinya, ketika bertemu dengan Mohd Nizam di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor, terserlah janaan kreatif kumpulan anak muda seangkatannya yang sibuk menyiapkan baki siri sulung animasi BoBoiBoy.
Bilik besar yang memuatkan kirakira 30 warga kerja kreatif itu menjadi tulang belakang kejayaan Animonsta Studios dalam mengorak langkah. Pernah mengecapi kegemilangan ketika membangunkan filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula dan menghidupkan karakter popular, Upin dan Ipin, Mohd Nizam bersama tenaga kerja kreatif lain akhirnya memilih haluan baru.

Sumber: http://theskop.com/2011/09/pencipta-boboiboy-dianugerahkan-tokoh-negara/

Share:

0 komentar:

Posting Komentar

lagu blog

Diberdayakan oleh Blogger.

BTemplates.com

Unordered List

Dragonball Z - Trunks

Pages

Theme Support

Flag Counter